Monday, September 25, 2006

2nd DAY RAMADHAN

Dah berjaya menahan lapar 2 hari. Bagus jugak banyak kerja ni, cepat masa berlalu. Tadi zohor nyaris-nyaris missed! Sib baik sempat. Hari ni banyak kerja, as expected. Banyak booking kena cancelled dalam system. Kesian tengok my ticketing department. Tried to help them, but I was busy with bsp. Tengok la besok macam mana, will try to help them. Need to work some charming stratergy with MH people. MH ni betul la doink! Ada ka nak terbang december, dah ticketing dateline? Kalau flight penuh, lain la. My colleague Tim looked so stress today. Dia lagi 2 weeks ja with us before balik Sarawak. Balik kampung for good. Dia nak settle down kat sana lepas kawin November nanti. Will miss him. My kawan gaduh, my kawan makan, my kawan stayback late night at office.

Hari ni korang buka apa? Hopefully tak membazir. I bought food kat kedai belakang office. Nampak sayur tofu tu sedap gila, beli banyak. Nasib baik memang sedap. Ingat nak simpan sikit untuk sahur, tapi dah dihabiskan tadi. Hehehehe. Malam ni tak pegi terawikh. Nanti I will go (hmm.. ikut nanti tu, tak pegi la tu) Ngantuk pun ya ni, tapi try nak edit link tu, dah 1 jam buat tak pass-pass. Rupanya baru perasan kena republish to save it. Aida ni sungguh la tak tech savy! Apa nak buat, such a doink!


Last night I borak with Hariz over the phone. The conversation :

Hariz : Ello Makngah!

Me : Ello Hariz.

Hariz : Makngah kat ofis ke? Makngah keja? Ibu tak keja hari ni.

Me : Yes hariz, makngah work la. Haris puasa ka hari ni.

Hariz : Ha.

Me : Hariz larat ka? Tak rasa lapar?

Hariz : LAPAR!!!!! sikit-sikit, kejap-kejap. Tapi ibu suruh sabar. Ibu kat sikit lagi, sikit lagi. Hariz tahan ja la. Pastu puasa ja la. Tadi buka makan roti bom. Makngah dah buka ka?

Me : Dah, makan berger (Hariz gelak dengar mkn berger). Hariz besok nak puasa lagi?

Hariz : Besok tak puasa, besok sekolah. Nanti-nanti hari khamis Hariz puasa la. Sebab nak pegi rumah opah & atuk abas. Ok, adik nak cakap ni. Bye!

Hmm... Hariz memang bagus. Disuruh dia ikut, tapi kalau kemalasan or dia saja nak pick a fight with ayah, dia buat bodoh ja!

Okay la, nak tido awal hari ni. Ngantuk dah. Karang nak bangun sahur lagi.

Sunday, September 24, 2006

1ST DAY OF RAMADHAN

Hari ni lepak office satu hari. Am still in office. Keja siap at 5pm tadi, but I stayed back, helping out the ticketing department prepare EOs for EK. Tunggu besok, nanti diorang disturb I jugak, baik buat siap-siap. Besok I busy focus nak bayar bsp, at least EOs and listing dah siap, they can start do other things, and I can start do other things too. Dah 70 EOs siap. Penat la. Ni alang-alang tunggu gang PWTC balik hantar barang kat office, then baru I balik la. Diorang dah half way kemas. This time Matta fair rasa macam kurang umph siket. Dah takde passion nak buat, tak tau kenapa. Even my boss pun tak de mood this time. But after the 3 days, and tengok figures, okayla kut. Kat PWTC punya la ramai orang. Sesak gila. Byk cute babies datang booth, sib baik tak leh kidnap bawak balik. Hehehehe. *am so in babycraving mood*

Tadi buka puasa makan Mc D aja. Satu hari crave ikan bakar, tapi sini mana ada tempat nak belik food. So Mc D delivery la jawabnya. Tepon mama, sedap nya dengar dia masak macam-macam. Ada sedara jauh datang melawat dia ajak buka puasa. Takpe, boleh sabar lagi, lagi 2 minggu balik SP 3 hari boleh buka makan sedap-sedap mama masak. Ramadhan is the month I will busy cooking as tak sedap makan luar. Tapi this time sorang-sorang ja buka kat rumah, nak masak jugak ka? Last year ada kakteh nak komplen kurang garam la, kurang pedas la, kurang sedap la, hmm... tapi habis jugak lauk aku masak, ish-ish! Takpe, hari ni ja buka Mc D. Starting besok taknak and will not buka Mc D. Nak makan sedap-sedap punya. Tak kisah la, masak ka beli ka (which very likely more beli than masak! hehehehe). This morning sahur makan apa? maggie, nestum and roti. Malam ni sahur? rasa same menu jugak kut. Tengok la apa ada kat rumah tu. Kalau bangun la.

Raya this time ala kadar ja. Nothing new, except for a bit renovation at home. Now that I have the house all to myself I can rearrange things. Kuih dah order, nanti balik SP kena buat. Kek tunggu mama datang baru buat. Baju kurung dah siap, tinggal nak ambik lagi 2. Huh, sakan raya baju kurung 10 pasang! Duit raya nanti next month la baru budget. Raya gift pun dah ada. Plan is to go Melaka by 2nd day raya. This time nak holiday time raya. I will heret mama, babah, kakteh & adik too. Nanti tengok planning macam mana dulu.

Okay la, dah 835pm, diorang call, stuck dlm jam. So I balik dulu la.

Thursday, September 21, 2006

MOOD SINGA GARANG

The past few days memang la mood hampeh. I need to prepare myself masuk court sebab company kena saman. Collection tersangatlah lembabnya. And on top of that staff pulak buat hal release ticket without payment. Ada staff salah quote pax. Fare difference by RM17k. Pax dah travel. Bukan regular pax, just a call in pax. Tak tau la dia nak bayar balik ka tak. And semua orang buat keja lembab. Satu hari mengamuk hari ni macam singa garang.

My gym session tak sempat habis, kena sambung bulan puasa lagi. Huh, next week tak leh makan time siang. Die la......

Weekend ni kerja whole weekend! Matta fair. Now still kat office.

:<

Saturday, September 16, 2006

KUCHING SARAWAK

I went to Sarawak last week. Masuk kali ni, dah 3 kali I pegi Kuching. First time pergi ramai-ramai Apr 05, second time pergi time raya haji Jan 06, and Last week pegi ramai-ramai balik. Pegi with Hanizah, Muna, Nazif & Fahroe. Semua lepak rumah Fahroe, so accommodation free la, makan minum pun free la. Mana ada pegi holiday but still dapat makan home-cook meal lagi. Besh!

Apa beli? Hmm... dah 3 kali pegi pun borong sakan. This time borong tikar sarawak Murah gila. Kat KL jual RM300.00, kat sana RM200.00 inclusive postage & delivery. Yang I beli punya, cost me RM139.00 to deliver to mama's house in Sungai Petani. Ada 2 jenis, borneo or palembang. Kalau beli, cari yang palembang sebab kemasan kayu nya lagi elok, and bila pijak rasa sedap. Yang borneo tu kasar siket (note for bapak aina : tikar borneo tiada kaitan dengan jejaka borneo ok!)

I went again to Cultural Village (dalam bahasa melayu : Kampung Budaya Sarawak). Tempat ni dekat kawasan Damai Beach, near Kampung Santubong. Entrance fee is RM45.00 per person, it is a whole day entrance. Ada 7 buah rumah dari 7 etnik berbeza di Sarawak (Bidayuh, Iban, Penan, Melanau, Melayu, Cina, Orang Ulu) Fahroe orang Melanau, rumah nenek moyang dia punya la tinggi, kat KL takde la rumah tu macam! Everyday ada cultural performance at 11 am and 4pm. The show is around 45minutes, semua pasal kesenian & kebudayaan etnik-etnik di Sarawak. Pegi ngan Nizah, Muna & Nazif, jadi chaos la cultural village tu. Dah la kitorang pegi time hujan, dengan payung nya, dengan camera nya, dengan Nizah & Nazif buat macam rumah sendiri di setiap rumah. Diorang sempat main congkak lagi kat rumah melayu.

Mana lagi kitorang pegi? Oh lupa, pegi Serikin. Tempat ni about 1 hour 30minutes drive from Kuching, near area Kg Bau. Serikin ni dah kira border nak masuk Kalimantan. Tempat dia macam kat Wang Kelian kat Perlis, cuma lagi teratur and lagi meriah. Jalan nak masuk a bit bumpy. Tapi ramai orang shopping kat sini. Kalau nak pergi, please go awal pagi to avoid traffic and the heat. Orang indonesia and orang dayak yang jual barang2 made from indon. Telekung kat sini lawa-lawa, and murah. Sayur-sayuran jual kat sini pun fresh sangat. Handbag segala design ada (Jan trip I borong sampai 4, Sep trip beli satu ja!). Pinggan-mangkuk pun lawa-lawa and murah. Kat carrefour jual RM250.00, sana boleh dapat RM150.00 and below. My best bargain was the tea set I bought during my January trip. Only cost me RM45.00 for a versace design. Tapi nak bawak balik teruk la. Kena handcarry, takut pecah. Tapi I ada tukang angkat, senang kereja!

Sape pegi Kuching, jangan lupa pegi Riverside. Sina lagi macam-macam ada. Nak beli souvenirs nak bawak balik memang molek tawar-menawar kat sini. As for me, tempat menghabiskan duit la! Kalau beli kain corak pua kumbu tu, please be carefull. Ada yg original, which is so expensive, ada yang kain biasa which you can bargain. Segala macam kraftangan ada kat sini. This time pergi, we kept on going to the same shop to buy things. Beli tikar pun kat sini. Nazif borong kain, I borong kain jugak.

One thing I facinate kat Kuching ni, rumah diorang besar-besar belaka! Tak kisah la rumah batu ka, rumah papan ka, mesti besar! And cantik, and colourful. Nanti dalam sederet tu, boleh nampak rumah kaler biru, hijau, kuning, pink, oren!. Kaler merah I tak nampak lagi. Time pergi January trip lepas I pegi tengok kawasan-kawasan kampung, sama gak, rumah besar-besar ja. And diorang semua ada satelite dish besar-besar. Dapat la kitorang tengok siaran dari China, other Asean Countries, and some from middle east area too.

Apa lagi ya? Food : ayam panggang, laksa sarawak, and their sugar bun mesti kena rasa! Pegi Kuching, only on the last night I dapat makan ayam (3 days without ayam, so craving la!!!) Ikan terubuk masin beli kat pasar satok pun murah. Pegi ngan orang Kuching, lagi la dapat murah and diorang bagi extra lagi. Dalam RM10 dapat 3 untuk size kecik, tu kira not bad. Nanti time raya lagi mahal.

Okay la, enough about Kuching. Nanti-nanti pergi lagi, cerita lagi. To tuan rumah, thanks for the trip again. I have enjoyed all 3 trips! And looking forward for the next one.

Tuesday, September 05, 2006

PENAT

Aiseyman, banyak nyer komplen kita tak update blog. Blog korang pun takde update, apa bendanya? 2 x 5 = 5 x 2. Cet!

Rasah penat nya. Banyak sangat kerja 2 minggu ni. Hari ni paling disaster. Macam singa satu hari kat office layan kerenah staff, terus aku keluar memo hari ni. Kalau keja diorang aku kena settle, kerja aku sapa nak settle kan? Buat kerja tak pakai otak sungguh la diorang ni. Pakat la hari Khamis ni aku cuti sampai Ahad. Nak pergi Kuching. What????????? Kuching lagi????? Ya, kuching lagi. This time I heret Nazif, Nizah & Muna sekali. Itu trip nanti balik aku story.

Puasa dah dekat. Semua orang dah ganti puasa ka? Yang ponteng tu jangan lupa ganti okay. Sempat lagi ni. Mak aku back in the business. Dah banyak orang tempah kuih kat mama. Tak tau la this year punya untung dia nak beli apa plak. Last year dia beli sofa. The last trip my parents turun - 2 weeks back, aku pegi chowkit cari barang bekas kek untuk mama. Dah lama tak pegi, rasa gerun satu macam, tak tau kenapa. Heret sekali adik as bodyguard (ayong @ ayahnurin : itu gf baru adik macam serious saja, asyik yang ini saja adik kepit, manyak seksi oooo...., manyak pelamah oooo... tapi tak tau la dia boleh handle mama ke tak, hehehe)

Apa lagi eh? Oh, Sunday steamboat is very yummy! The whole gang was there. Borak and gosip kehidupan orang lain. Yg paling aku tak sangka mamat R punya updated berita terkini. Ish-ish. But it was fun (eating part of course) After makan, I went to Midvalley. Got myself 2 pairs of shoes!!! Yippey..... Nak pegi jalan, kasut flat takde, kena curi, so kena la aku beli baru. Cari barang-barang nak bawak pegi Kuching. Malam balik rumah penat gila rasa.

My gym session tinggal lagi 4 class. Macam tak percaya aku masih boleh survive deraan dari personal trainer. Nanti Sabtu ni nak ngelat, nanti kena ganti sorang-sorang, mati la aku kena dera kaw-kaw dengan dia. Ish-ish. Dah la mamat tu leter makan aku tak jaga. Aida & Food???? Inseparable! Takpa, as long as helhty and fit, size just does not matter to me anymore. I have a medical check-up next week. Nanti tgk kolestrol level chart sure la tinggi. Tahap obesiti jangan cakap la.

Apa lagi interesting ni? oh, yeay yeay. Gaji naik. Yeah, I got my salary increment 4 bulan awal. Terkejut bila bos bagitau semalam. Sengeh panjang la satu hari. (Hariz & Nurin : Any indulgence korang nak for my salary increment, kena tunggu la, Makngah needs to bayar hutang atok & opah dulu and give them something nice, buy somethings for my own, pamper myself first, do something interesting with future pakngah first, treat a group of my very special friends dulu, then baru your que okay?) So now that my basic is higher, plus other perks & benefits & extras whatsoever, hmm.... berangan banyak benda dah ni apa nak buat, apa nak bayar, apa nak beli. Duit keta pun habis bayar end of the year, oh, lagi la double joy. Keta baru can wait la, I got online drebar now, naik dulu, bayar later, hahahaha. I will definately turun Singapore nanti. Tunggu ja la my dear Aminah! Am coming soon after raya.

Matta fair is not going to be good this year. Ticket sure mahal gila la. To my friends yang nak pergi Europe tu, marilah kita ramai2 pergi Bangkok & ChiangMai. Shopping kat sana lagi bagus la!

Aiyak, now have to go. Nak balik la. Nanti sambung lepas balik cuti okay.

Take care everyone!