Wednesday, October 17, 2007

Raya Updates

Huh, tahun ni raya sungguh memenat kan! Penat apa? Penat makan!

Today I dah stop makan segala rendang, kuah kacang, lemang and so on. Nasib baik tadi at my friend's house dia buat soto, so tibai itu sup saja. Cukup la 4 hari makan raya food. Besok I nak puasa la. Buat puasa sunat terus.

Malam raya semua sibuk kemas rumah opah. Aunty Da bought new tikar getah for living room bawah. Since my another aunty dah rearrange semua perabut, so we kemas accordingly. Babah jadi mandor, kakteh, adik, aunty yot, and apit yang kerah tenaga. Me? Sibuk-sibuk amik gambar orang tengah buat kerja. Hehehehe. Tapi lepas tu buat la kerja, kemas barang-barang, susun kuih and so on. Sempat lagi pergi rumah my aunties deliver barang-barang and kuih.

Pagi raya, after prayers semua serbu rumah opah. Opah dah ramai-ramai macam tu, ceria la muka dia. Agenda biasa, makan, then bersalam-salaman mintak maaf, the kids beratur collect duit raya. Untung la diorang tu, from parents dapat, atuks & opahs bagi, monyang bagi, aunties & uncles too. Komplen dapat siket jugak, tak tau la. Tahun ni again I dapat bagi duit raya to anak-anak buah, my parents, my siblings, my uncles & aunties, my elder cousins and both my grandma. Takde la banyak, saja seronok-seronok. I hope I can continue doing it in the future years. Kitorang amik gambar, riuh nya rasa sampai kat jalan depan rumah. Banyak betul camera nak amik gambar, and semua orang nak be in the picture. Hehehe. And this year cipta sejarah sebab aunty yot ada dengan kami pagi hari raya. Usually dia balik PD rumah ibu mertua malam raya, tapi sebab opah tak sihat, dia tunggu and raya with us the whole day. 2nd day raya baru dia balik PD. Lepas kitorang dah habis ceremony immediate family, my dad and siblings pergi rumah nenek pulak (my dad's mother's house) Me and mama stayed back to clean up and tak sampai 5 minit rumah tu senyap, tetamu dah start datang. The first to arrive is uncle Din (a good friend of my uncle). I always thought uncle Din ni my mother's cousin, sebab every year raya dia mesti tak miss punya datang rumah opah. Rupanya kawan baik my uncle, time bujang dulu memang selalu lepak rumah opah. Then atok Cu datang dengan his anak-cucu, aunty jah with her family, and so on. By the time I sampai rumah nenek dah noon. And after that pun dok ulang-alik between both houses bila ada sesape datang. Ye lah, dah lama tak jumpa, so time raya ni letih & penat tu belakang kira la.

At rumah nenek ada nasi ayam macam biasa. And bermacam jenis kuih. Cousins pun ramai. Sembang la banyak, catch up each other's updates. We had a new anak sedara. I called her Nurul dot..dot..dot.. Hehehehe. 1st day raya tu, umur dia baru 6 hari, baru sangat keluar hospital. I think by this time dah ada nama la tu. She is so tiny. Tak berani nak pegang, takut. Nanti la, dia dah besar sket baru la boleh dukung.

2nd day raya baru I jalan sakan. My dad and busu as usual, planning nak pergi sana-sini. We went to rumah my dad's sisters, his cousins, his aunties. After maghrib pergi Puchong rumah opah teh (mama's aunty). By the time balik rumah..... penat, terus tertido kat depan. Lepas mandi ingat nak tengok tv, tapi I lena terus kat couch.

3rd day raya still berjalan sana sini, mostly rumah my parents' cousins la. And by 6pm we were at Sg Buloh celebrate Nurin's 5th Birthday.

Semalam keluar beraya lewat sikit. Bawak mama pergi kedai cari barang-barang for adik's wedding coming soon. We saw some things that we like, bought some things too. Then we went to Shah Alam, rumah busu, and my father's old friend. Rumah uncle Zul ni every year wajib pergi. Kitorang pun dah macam his cucu. Apparently time my dad kawin, dia yang buat kenduri di Taiping for my parents. I suka pergi his house, check-out his books, rumah dia banyak interesting books (serious stuff type of books, the type yang I tak beli, but like to read at his house, hehehehe). After that kitorang beraya rumah Amy.

Kat situ dapat tau this 2 cousins of mine (Anny & Amily, eh , jap, diorang bukan actual cousins, they are cousins to my real cousins. Tapi kitorang close sebab time study dulu they like to lepak at my sister's place, and now I suka melepak at their place. Bak kata my taylor : ini sedara takde darah punya!) Anyway, back to these 2 girls (with another 2 cousins of theirs), on 2nd day raya, their car kena hijack dekat jalan gasing! Ada orang purposely langgar their car and then stop them, pull over and keluar bawak parang & besi. Ngeri ja dengar their story. Nasib baik takde apa-apa. Their cousin yang drover the car kena tarik out of the car. Tapi ada kereta pass by, so orang tu cabut lari. So to all of you, please be carefull, tak kisah la lelaki ka, perempuan ka, mesti alert sentiasa, kat rumah or luar rumah. My mom dengar story tu, mula la dia leter pasal I'm living alone by myself. Hmmm....

Hari ni, pegi satu rumah aja. Nak kasi perut rest. Besok nak pergi rumah another friend, then lepak at opah's house jaga opah. Jumaat Anny is getting engaged, so will be busy at her house. Sabtu pun kena jaga opah kejap, sebab kasi chance my aunty nak pergi beraya pulak. Sunday baru I resume my raya.

Pics nanti jap lagi I post!

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home